PeSaNaN BuAt PeNgUnJunG

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Saya Ucapkan Kepada Pengunjung Blog Ini.. Semoga Ilmu yang terdapat dalam Blog Ini Dapat Menambahkan Lagi Ilmu Pengetahuan Para Pengunjung SeKalian.. Silakan sahaja "CoPy" atau "ShaRe"...Saya Halalkan.. Segala Apa Yang Buruk Adalah Datang Dari Diri Saya Sendiri, Dan Yg Baik Itu Datangnya Dari ALLAH S.W.T.. Sebarang keraguan atau kemusykilan atau KekuranganTentang Perkara2 Yg Ada Dalam Blog Ini, Pertama Sekali Saya Mohon Kemaafan Dan Anda Juga Perlulah Merujuk Kembali kepada Kitab Al-Quran..Carilah Ilmu Kerana Ilmu Itu Pelita Hidup, Dan Sangat Berguna Dunia & Akhirat...Jazakallah...

Sunday, December 12, 2010

BEBERAPA DOA NABI MUHAMMAD S.A.W

Di bawah ini dicatitkan beberapa doa yang biasa Baginda bacakan dan diajarkan kepada para sahabat Baginda. Baginda mengajar setiap orang menurut keupayaannya untuk disesuaikan menurut keperluannya yang tertentu: "Ya Allah! Ampunkanlah aku di atas apa yang telah aku lakukan, dan atas apa yang mungkin akan aku lakukan. Adapun yang terang dan yang tersembunyi.Ampunkanlah aku dalam apa yang telah aku lakukan untuk melanggar perintahMu dan dalam apa yang Engkau lebih mengetahui dariku. Engkau memberi petunjuk dan Engkau yang menarikknya. Tiada Tuhan melainkan Engkau.'' Baginda sedar spenuhnya terhadap kuasa Allah untuk memberi apa sahaja dan oleh itu Baginda berdoa dan mengajar para pengikut Baginda supaya berdoa untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan di dunia dan akhirat.

Abu Umamah berkata." Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w berdoa untuk banyak perkara sehingga aku tidak ingat kesemuanya, maka aku pun bertanya kepada Baginda: " Enkau telah berdoa untuk banyak perkara sehingga aku tidak dapat ingat kesemuanya". Baginda berkata: '' Mahukah aku beritahu engkau apa yang akan dikumpulkan bagimu semua yang telah aku doakan itu? Iaitu bacalah : "Ya Allah! Aku mohon kepadaMu kebaikan yang diminta oleh Nabi Muhammad s.a.w, dan aku meminta pertolonganMu terhadap keburukan yang Nabi Muhammad s.a.w meminta dijauhkan. Engkaulah penolong dan kepada Engkaulah diminta pertolongan. Tidak ada daya dan upaya melainkan Engkau".

Shahr bin Hawshab berkata: " Aku telah bertanya kepada Ummu Salamah apakah doa yang kerap dibaca oleh Nabi s.a.w ketika di rumahnya, lalu dia berkata : " Ya Allah! Engkau berupaya membolak balikkan hati, maka tetapkanlah hatiku di dalam iman terhadapMu."  Dan juga: "Ya Allah! Jadikanlah agama ini kebaikan bagiku, kekuatan bagiku dan jadikanlah dunia ini untukku, tempat dimana aku tinggal dan jadikanlah kebaikan akhirat untukku, tempat pertemuanku. Tambahkanlah kebaikan dalam kehidupan ini untukku dan kematian sebagai istirehat bagiku dari semua kejahatan".

Tatkala Abu Bakar, yg sangat rapat kepada Baginda, meminta Baginda suatu doa, Baginda memberinya doa berikut: " Ya Allah! Aku telah menyesatkan diriku sendiri dan tiada seorang pun yang mengampunkan kesalahanku kecuali Engkau. Maka berilah keampunan dan kasihanlah ke atasku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun".
Baginda selalu memberitahu para shabat Baginda bahawa: " Aku meminta ampun dari Allah lebih dari 70 kali dalam sehari"

No comments:

Post a Comment